BumiNiaga Industries Sdn Bhd telah ditubuhkan oleh Intan Zafina Binti Mohd Zahir pada 13 Febuari 2007 dan beralamat di No. 8-A, Jalan Tiara 3, Taman Perindustrian Sime UEP, 47600 Subang jaya, Selangor.
BumiNiaga merupakan sebuah syarikat Bumiputera yang berdaftar dengan Kementerian Kewangan Malaysia.
Pada peringkat awal penubuhannya, BumiNiaga lebih tertumpu di dalam bidang percetakan dan pembekalan cenderamata & hadiah. Kini, BumiNiaga telah memperluaskan skop perniagaannya kepada bidang yang lain. Ini adalah hasil perancangan perniagaan yang di aplikasikan oleh BumiNiaga melalui komitmen, kualiti, pekhidmatan pelanggan dan pembangunan produk. Sumber bekalan syarikat diperolehi dari dalam negara dan juga dari luar negara.
BumiNiaga sentiasa memastikan kakitangannya meningkatkan prestasi kerja dari semasa ke semasa dengan mengikuti latihan yang disediakan oleh pihak syarikat. |